WASHABLE DIAPER LINER - FOR CLOTH DIAPER
>> Sunday, October 14, 2012
Diapers liner adalah lapik lampin yg sama fungsinya seperti nappy liner tetapi ianya boleh dibasuh dan diguna semula.
Kelebihan Washable Diaper Liners
Membantu agar bayi anda terasa lebih kering sewaktu memakai cloth diapers.
Melapis dan melindungi kulit bayi dari bersentuhan
Membantu mengurangkan jumlah penggunaan cloth diapers. Liners amat berguna bagi bayi yang baru lahir (newborn) yang kerap poo2 dalam jumlah yang sedikit. Anda hanya perlu menukar liners sahaja setiap kali bayi poo2 dan tidak perlu menukar keseluruhan cloth diapers atau lampin pakai buang dengan lebih kerap. Liners ini juga sangat sesuai digunakan sewaktu bayi anda sedang mengalami masalah cirit birit yang memerlukan penukaran lampin dilakukan dengan lebih kerap.
Menjimatkan wang anda - kerana ia boleh dibasuh dan digunakan berulang kali berbanding dengan liners pakai buang yang hanya boleh digunakan sekali sahaja. Dalam erti kata lain, pelaburan anda bagi washable liners ini hanya sekali saja. Bukan itu saja, penggunaan washable liners ini juga boleh membantu mengurangkan jumlah penggunaan lampin.
Bebas dari bahan kimia dan selamat digunakan - washable liners ini dibuat dari kain yang tahan lasak tetapi lembut kepada kulit dan tidak mengandung bahan kimia. Oleh itu ia selamat digunakan dan tidak memberikan kesan sampingan kepada bayi anda
Corak yang cantik, berwarna warni dan pelbagai pilihan - saya pasti bukan sahaja anda, tetapi bayi anda juga turut tertarik dengan corak dan warna washable liners ini. Dengan ini ia akan membantu dan
Bentuk liners seperti gelas dan lebih kecil dibahagian tengah - dengan ini ia tidak mudah terlipat dan beralih selepas diletakkan diatas diapers.
Saiz liners yang lebar dan panjang (Lebar 5 inci di bahagian depan dan belakang dan panjang 13 inci) - cukup untuk menutup keseluruhan permukaan atas poket diapers dan mengelakkan diapers dari kotor
Mudah untuk dibasuh dan dicuci - kerana ia boleh dibasuh dengan tangan dan juga dengan mesin basuh. Selain dari itu, ia juka boleh dimasukkan dibahagian spin dalam mesin basuh bagi tujuan pengeringan yang lebih cepat
Mudah untuk dikeringkan - kerana washable liners ini dibuat dari sejenis kain yang nipis agar mudah untuk dikeringkan.
0 comments:
Post a Comment